Untuk menanda tahun ke-30 Cochrane, kami sedang mengumpul koleksi ulasan yang diterbitkan. Ulasan-ulasan mencerminkan kedua-dua ketetapan misi dan cara-cara inovatif kami mencapainya. Ulasan yang dipaparkan dalam koleksi ini menjawab soalan penting dan mengguna pendekatan metodologi yang telah dibangun dan dibina oleh Cochrane. Ulasan dalam koleksi ini akan menangani ketidaksamaan kesihatan, kesihatan global dan penyakit tidak berjangkit antara lainnya. Sesetengah akan membandingkan pelbagai intervensi dalam satu rangkaian meta-analisis, yang lain akan memfokus kepada implementasi, atau penyesuaian pendekatan yang ditetapkan dan pendekatan yang telah biasa kepada soalan intervensi. Semua usaha menunjukkan petunjuk masa depan Cochrane terletak pada sejarah kepelbagaian metodologi dan komitmen untuk memenuhi keperluan pengguna.
Ulasan ini mendapati program memperbaik kualiti boleh memperbaik penjagaan diabetes, terutama apabila pelbagai strategi digabung. Strategi-strategi program ini paling banyak memperbaik hasil utama dalam kalangan orang dengan diabetes iaitu pengurusan kes, perubahan pasukan, pendidikan pesakit dan promosi pengurusan kendiri. Matlamat tugas ini bukan untuk memberi jawapan tunggal tentang kesan komponen tertentu (atau gabungan komponen) dalam intervensi memperbaik kualiti kompleks, tetapi untuk menyediakan set data yang kaya bagi pembuat keputusan dan para penyelidik untuk membolehkan padanan dengan gabungan program kepada penentu spesifik (iaitu halangan dan pemboleh) sasaran tingkah laku profesional kesihatan yang terlibat dalam penjagaan diabetes dan pesakit diabetes, serta konteks dan sumber setempat. Baca Ulasan
Senaman fizikal untuk orang dengan penyakit Parkinson: ulasan sistematik dan rangkaian meta-analisis
Ulasan ini menyiasat jenis senaman yang paling berkesan dalam kalangan orang dengan penyakit Parkinson. Ia mendapati banyak jenis senaman fizikal berkesan untuk memperbaik pergerakan dan kualiti hidup, dan tiada banyak perbezaan antara sebarang senaman tersebut. Baca ulasan, cerita berita, dan Jawapan Klinikal Cochraneyang berkaitan. Keputusan utama daripada meta-analisis rangkaian juga tersedia sebagai ringkasan interaktif jadual penemuan-penemuan, yang dihasilkan dengan kerjasama MAGIC.
Intervensi untuk memperbaik sanitasi bagi mencegah cirit-birit
Cirit-birit adalah penyumbang utama kepada beban penyakit global, terutama dalam kalangan kanak-kanak di bawah lima tahun di negara berpendapatan rendah dan sederhana. Ulasan ini mendapati intervensi sanitasi berkesan untuk mencegah cirit-birit, merentasi pelbagai kumpulan umur. Baca ulasan dan Jawapan Klinikal Cochraneyang berkaitan.
Vitamin D untuk pengurusan asma
Sejak Ulasan Cochrane terdahulu tentang topik ini pada 2016, perdebatan masih berterusan tentang potensi peranan vitamin D dalam mengurangkan risiko eksaserbasi asma dan memperbaik kawalan asma. Data kajian-kajian baharu yang disertakan dalam meta-analisis kemas kini ini mengubah keputusan dan kesimpulan. Sebelum ini ia menunjukkan pengurangan eksaserbasi asma, ulasan terkini menyimpulkan terdapat sedikit manfaat vitamin D atau metabolit terhidroksilasinya dalam mengurangkan risiko eksaserbasi asma yang teruk dan memperbaik kawalan gejala asma. Baca ulasan dan Jawapan Klinikal Cochraneyang berkaitan.
Bekerjasama dengan pengguna dalam merancang, penyampaian dan penilaian perkhidmatan kesihatan adalah komponen penting dalam penjagaan yang berpusatkan orang. Ada banyak cara untuk bekerjasama dengan pengguna bagi memperbaik perkhidmatan kesihatan, termasuk perkongsian kumpulan formal (seperti jawatankuasa, lembaga pengarah atau kumpulan pemandu). Ulasan ini mendapati sesetengah pengguna dan penyedia kesihatan percaya perkongsian memperbaik budaya dan persekitaran perkhidmatan kesihatan, serta cara perkhidmatan kesihatan dirancang dan dibangunkan. Sintesis bukti kualitatif ini dihasilkan bersama dengan Panel Pihak Berkepentingan pengguna dan penyedia kesihatan. Baca ulasan, Jawapan Klinikal Cochraneyang berkaitan, dan dengarkantemu bual dengan penulis.
Intervensi persekitaran bagi mencegah jatuh dalam kalangan warga tua yang tinggal dalam komuniti
Kira-kira satu pertiga orang yang berumur 65 tahun ke atas jatuh setiap tahun. Kebanyakan jatuh berlaku di rumah, dan lebih 30% daripada semua jatuh adalah akibat bahaya persekitaran. Ulasan ini mendapati warga tua yang berisiko tinggi untuk jatuh, seperti pernah jatuh pada tahun lalu dan dimasukkan ke hospital baru-baru ini atau memerlukan sokongan aktiviti harian, menghapus bahaya jatuh di persekitaran rumah boleh mengurangkan bilangan jatuh sebanyak 38%. Contoh bahaya jatuh di persekitaran ialah tangga tanpa pagar, laluan licin atau pencahayaan yang kurang baik. Baca ulasan dan editorial.
Kekurangan zink adalah prevalen di negara berpendapatan rendah dan sederhana, dan dianggap faktor risiko penting untuk morbiditi, mortaliti, dan kegagalan pertumbuhan linear. Ulasan mendapati penambahan zink dalam kalangan kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 12 tahun membuat sedikit atau tiada perbezaan mortaliti semua punca tetapi mungkin berkesan ke atas kematian akibat jangkitan saluran pernafasan bawah dan malaria. Zink boleh menghalang penyakit akibat cirit-birit, tetapi mungkin menyebabkan muntah selepas penambahan. Ia mungkin membawa kepada peningkatan kecil dalam tambahan ketinggian. Baca ulasan dan Jawapan Klinikal Cochraneyang berkaitan.
Umum mengetahui kemiskinan dikaitkan dengan kesihatan yangburuk dan kesihatan yang buruk boleh mengakibatkan kos langsung dan tidak langsung yang boleh mengekalkan kemiskinan. Perlindungan sosial, yang merangkumi dasar dan program yang bertujuan untuk mencegah dan mengurangkan kemiskinan di masa kesihatan yang teruk, boleh menjadi salah satu cara untuk memecahkan lingkaran ganas ini. Ulasan ini mendapati orang menghargai pemindahan tunai dan melihatnya perlu untuk keperluan asas mereka. Walau bagaimanapun, pemindahan tunai boleh mempengaruhi hubungan orang secara positif dan negatif. Tidak semua orang mahu terima tunai dan sesetengah penerima tidak menganggap wang tunai sahaja cukup untuk mengubah tingkah laku kesihatan mereka. Baca ulasan.
Sakit kronik adalah lazim dalam kalangan dewasa, dan sering memberi kesan yang memudaratkan terhadap keupayaan fizikal, kesejahteraan dan kualiti hidup. Ulasan ini membandingkan pelbagai antidepresan untuk melihat keberkesanannya dalam merawat sakit kronik. Ulasan ini mendapati bukti munasabah untuk keberkesanan satu antidepresan, duloxetine pada dos 60 mg, dan tiada manfaat mengguna dos yang lebih tinggi. Baca ulasan, cerita berita, dan Jawapan Klinikal Cochraneyang berkaitan.
Ubat nyamuk topikal untuk pencegahan malaria
Malaria adalah penyakit yang disebar melalui gigitan nyamuk. Ia kerap mempengaruhi orang di kawasan tropika Amerika Tengah dan Selatan, Asia Selatan dan Tenggara, dan khususnya, Afrika. Perkara-perkara yang menghalang gigitan nyamuk, seperti kelambu yang dirawat dengan racun serangga, boleh melindungi orang. Walaupun berkesan, kebanyakan pendekatan ini mensasarkan nyamuk yang menghisap darah di dalam rumah dan pada manusia. Ia kurang berkesan terhadap spesis yang boleh menghisap darah di luar rumah, oleh itu tidak benar-benar menghapuskan penyakit. Penghalau topikal adalah bahan yang diaplikasi pada kulit untuk mencegah gigitan nyamuk. Ulasan tersebut menemui bukti yang menunjukkan penghalau topikal mungkin sedikit mengurangkan insiden dan prevalen kes malaria di persekitaran di mana tiada terdapat alat lain untuk mencegah gigitan nyamuk, walaupun penghalau mungkin membuat sedikit atau tiada perbezaan di tempat-tempat di mana alat ini meluas diguna. Baca ulasan.
Faktor-faktor yang mengimpak perekrutan kajian vaksin dalam konteks pandemik atau wabak: satu sintesis bukti kualitatif
Perekrutan kajian vaksin amat mencabar kerana ia melibatkan sukarelawan sihat yang mungkin bimbang tentang potensi risiko dan manfaat yang berkait dengan vaksin yang dibangunkan dengan pantas. Ulasan ini meringkaskan kajian-kajian yang mempengaruhi pembuatan keputusan seseorang untuk menyertai kajian vaksin dalam konteks pandemik atau wabak. Ia mendapati banyak faktor mempengaruhi pembuatan keputusan seseorang untuk menyertai satu kajian vaksin semasa pandemik atau wabak. Orang dipengaruhi oleh kaedah kajian dirangka dan bagaimana maklumat tentang kajian disampaikan. Peserta juga dipengaruhi oleh tanggapan peribadi tentang risiko dan kesan sampingan yang mungkin. Teman-teman dan ahli keluarga juga mungkin mempengaruhi keputusan mereka. Kebimbangan tentang stigma dan ketidakpercayaan terhadap pihak kerajaan mungkin mencegah orang menyertai kajian vaksin. Orang sering melihat peluang untuk membantu orang lain dan mencegah penularan penyakit sebagai alasan untuk menyertai kajian vaksin. Baca ulasan.
Sakit kronik bukan kanser pada zaman kanak-kanak adalah meluas, mempengaruhi 20% hingga 35% kanak-kanak dan golongan muda di seluruh dunia. Bagi sebilangan besar kanak-kanak, sakit kronik bukan kanser memberi impak negatif yang besar terhadap kehidupan dan kualiti hidup mereka, dan meningkatkan penggunaan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan ubat-ubatan. Di banyak negara, terdapat sedikit perkhidmatan untuk mengurus sakit kronik bukan kanser kanak-kanak, dan kebanyakan perkhidmatan adalah tidak cukup. Ulasan tersebut mensintesis bukti 43 kajian untuk memahami bagaimana kanak-kanak dengan sakit kronik bukan kanser dan keluarga mereka mengalami sakit, pandangan mereka terhadap perkhidmatan dan rawatan untuk sakit kronik, dan hasil yang penting bagi mereka. Para penulis mendapati sakit kronik bukan kanser yang tidak diurus dengan baik mengimpak kehidupan keluarga dan perhubungan. Ia juga mempengaruhi pendidikan kanak-kanak dan prospek pekerjaan masa depan mereka serta pekerjaan ibu bapa. Banyak keluarga sukar mendapatkan sokongan perkhidmatan kesihatan untuk mengurus sakit anak mereka dan impaknya. Kanak-kanak dan ibu bapa merasa profesional penjagaan kesihatan tidak selalu mendengar pengalaman dan kemahiran mereka, atau mempercayai sakit kanak-kanak itu. Sesetengah keluarga berulang kali melawat perkhidmatan kesihatan untuk mendapatkan diagnosis dan penawar. Baca ulasan.
Ramai kanak-kanak di bawah umur lima tahun yang tinggal di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana tidak menerima nutrisi yang cukup. Ini boleh menyebabkan peningkatan penyakit, perkembangan mental yang terjejas (yang mengurangkan prestasi sekolah dan pekerjaan di kemudian hari) dan kematian. Pemantauan pertumbuhan dan promosi (GMP) adalah intervensi kompleks yang terdiri dari ukuran regular dan catitan pertumbuhan dan digabung dengan aktiviti promosi nutrisi. Pada masa ini tiada garis panduan standard yang menerangkan cara melaksanakan GMP atau cara mereka bentuk aktiviti promosi; dan penggubal dasar khususnya dalam agensi bantuan antarabangsa mempunyai tafsiran dan interpretasi berbeza dan boleh ubah tentang tujuan dan nilai GMP. Berdasarkan bukti enam kajian yang dijalankan ke atas kanak-kanak di bawah umur lima tahun di kawasan luar bandar yang miskin sumber dengan tahap malnutrisi yang tinggi, ulasan mendapati bukti terhad dan tidak pasti tentang keberkesanan GMP.
Ramai orang, terutama di negara berpendapatan rendah dan sederhana, tidak dapat mengakses sokongan kesihatan mental kerana kekurangan kakitangan penjagaan kesihatan mental yang khusus. Untuk mengatasi halangan ini, pekerja primer seperti jururawat atau guru tanpa latar belakang profesional dalam kesihatan mental, boleh dilatih untuk menyampaikan beberapa perkhidmatan kesihatan mental. Ulasan ini menyiasat sama ada strategi ini membantu mempromosi kesihatan mental dan mencegah gangguan mental dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak. Ia juga menilai kos. Ulasan mendapati hasil kesihatan mental boleh diperbaik dengan menggunakan pekerja primer untuk menyampaikan intervensi yang bertujuan mencegah gangguan kesihatan mental.
Kestabilan terma dan penyimpanan insulin manusia
Insulin diperlukan untuk membantu mengawal gula darah; ia dibuat secara semula jadi oleh tubuh manusia. Orang dengan diabetes tidak boleh secara semula jadi menghasilkan insulin yang cukup atau badan mereka tidak menggunakannya dengan berkesan. Ada yang perlu mendapatkan dan menyuntik insulin buatan. Penyejukan yang boleh percaya perlu untuk menyimpan insulin selaras dengan syor semasa pada suhu antara 2 °C dan 8 °C. Ramai orang dengan diabetes tinggal di persekitaran yang kurang akses kepada kemudahan penjagaan kesihatan dan penyejukan. Penyejukan juga boleh dipengaruhi oleh bekalan kuasa yang tidak stabil semasa bencana alam, tempoh panas melampau atau peperangan. Ulasan itu melihat kestabilan insulin apabila disimpan pada suhu yang berbeza. Ulasan tersebut menyertakan pelbagai jenis kajian, daripada kajian terhadap manusia hinggalah kajian-kajian di makmal. Ulasan itu mendapati kemungkinan menyimpan vial atau kartrij insulin yang belum dibuka pada suhu sehingga 25 °C untuk maksimum enam bulan dan sehingga 37 °C untuk maksimum dua bulan tanpa kehilangan potensi insulin. Terdapat juga beberapa bukti menyimpan insulin pada suhu yang berbeza-beza antara 25 °C dan 37 °C, serupa dengan perubahan siang dan malam di sesetengah negara sehingga tiga bulan dan tidak mengakibatkan kehilangan bermakna aktiviti insulin manusia tindakan pendek, tindakan pertengahan dan tindakan campuran. Mengguna periuk tanah liat atau cara lain untuk mengelak insulin daripada cahaya matahari langsung boleh membantu menyimpan insulin di banyak kawasan bersuhu tinggi di dunia.
Ulasan ini melihat pengalaman wanita yang terselamat akibat kehilangan darah yang ketara selepas bersalin (perdarahan postpartum), dan pekerja kesihatan yang terlibat semasa bersalin. Kemungkinan mengurus keadaan ini dengan pengesanan tepat pada waktu dan memulakan rawatan berasaskan bukti yang sesuai boleh dilakukan tetapi adalah mencabar. Ini benar terutama di negara berpendapatan rendah dan sederhana di mana terdapat akses yang tidak sama rata kepada hospital dan akses terhad kepada ubat yang berkesan. Ulasan memasukkan 43 kajian dari 26 negara. Kebanyakan kajian adalah dari negara berpendapatan rendah dan sederhana dan termasuk perspektif wanita dan pekerja kesihatan. Ulasan itu mendapati kepercayaan budaya tentang perdarahan postpartum mempengaruhi perspektif individu dan masyarakat mengenainya. Apabila wanita bersalin di rumah atau dalam komuniti, kepercayaan budaya membawa kepada kelewatan mendapatkan penjagaan. Di kemudahan kesihatan, pekerja kesihatan mengalami kesukaran menganggar kehilangan darah selepas bersalin. Cabaran lazim menguruskan perdarahan postpartum termasuklah kakitangan yang tidak cukup, keadaan kerja yang tertekan, latihan yang tidak cukup, dan kekurangan ubat dan bekalan. Melalui latihan simulasi berpasukan, pekerja kesihatan dari kader yang berbeza (doktor, bidan, pekerja kesihatan awam) boleh membangunkan model mental yang dikongsi untuk membantu mereka bekerja dengan cepat, cekap dan mesra sebagai satu pasukan apabila mengurus wanita yang mengalami perdarahan postpartum.
Di kebanyakan negara berpendapatan rendah dan sederhana, liputan imunisasi adalah rendah. Walaupun 129 negara mencapai sasaran liputan 90% untuk vaksin DTP3 menjelang 2014, 10 negara dengan bilangan terbesar kanak-kanak yang tidak diimunisasi semuanya adalah negara berpendapatan rendah atau rendah hingga sederhana.
Membuat keputusan termaklum tentang cara terbaik untuk mencapai dan mengekalkan liputan imunisasi yang tinggi dan saksama di negara-negara ini akan bergantung sebahagiannya kepada pembuat keputusan yang mengakses bukti saintifik terbaik tentang intervensi yang berkesan, dan integrasi bukti ini ke dalam sistem kesihatan negara mereka. Meningkatkan penembusan internet bagi komuniti terpencil, membolehkan pelancaran teknologi dan pendekatan yang terkini diguna di negara berpendapatan tinggi. Ulasan ini meneroka intervensi berorientasi pelanggan, intervensi berorientasi pembekal dan intervensi sistem kesihatan dengan tujuan untuk meningkatkan liputan imunisasi.
Lebih 1.3 juta orang terkorban setiap tahun akibat perlanggaran lalu lintas, dan ratusan ribu yang lain cedera secara kekal dan parah. Kebanyakan kematian ini berlaku di negara berpendapatan rendah dan sederhana, di mana kadar mortaliti boleh meningkat 10 kali lebih tinggi daripada beberapa negara berpendapatan tinggi. Ulasan ini melihat intervensi yang bertujuan meningkatkan penggunaan salah satu cara paling mudah untuk mengurangkan impak perlanggaran lalu lintas: tali pinggang keledar. Ulasan ini melihat pendidikan, insentif atau intervensi berasaskan kejuruteraan dan bukannya penguatkuasaan undang-undang untuk menggalakkan penggunaan tali pinggang keledar. Lima belas kajian disertakan, kebanyakannya dijalankan di Amerika Syarikat dan memfokus intervensi pendidikan. Ulasan tersebut mendapati bukti terhad intervensi berasaskan pendidikan dan berasaskan kejuruteraan boleh mempromosi penggunaan tali pinggang keledar dalam kalangan awal dan lewat remaja dan dewasa. Walau bagaimanapun, lebih banyak bukti diperlukan untuk menyiasat kesan insentif (sendirian atau gabungan dengan intervensi lain) serta jenis intervensi lain.
Bantuan membuat keputusan bagi pesakit ialah risalah, video atau sumber berasaskan web yang membantu orang yang sedang mempertimbang keputusan untuk rawatan atau saringan memutuskan sama ada meneruskan atau tidak. Bantuan membuat keputusan menyatakan keputusan, menerangkan pilihan dan membantu orang berfikir tentang perkara yang paling penting bagi mereka. Para pengarang ulasan ingin tahu sama ada bantuan membuat keputusan pesakit adalah lebih baik daripada penjagaan biasa untuk membantu orang memilih opsyen yang mencerminkan perkara yang paling penting bagi mereka. Ulasan tersebut meringkaskan bukti 209 kajian yang melibatkan 107,698 dewasa. Kebanyakan kajian melihat bantuan yang membantu orang ramai membuat keputusan tentang pembedahan, pemeriksaan, ujian genetik dan ubatan jangka panjang. Ulasan tersebut menemui bukti kepastian sederhana orang dewasa yang diberi bantuan membuat keputusan lebih cenderung memilih opsyen yang mencerminkan ciri opsyen yang paling penting bagi mereka. Terdapat bukti kepastian tinggi apabila pesakit dewasa mengguna bantuan membuat keputusan, mereka menunjukkan peningkatan tinggi dalam pengetahuan, jangkaan manfaat dan bahaya, dan penyertaan dalam membuat keputusan. Terdapat juga bukti kepastian tinggi bantuan membuat keputusan pesakit tidak menyebabkan sebarang kesan yang tidak diingini seperti kekesalan terhadap keputusan tersebut.
Tentang Koleksi Khas ini:
Rujukan
1. Soares-Weiser K. Melihat ke belakang, melihat ke hadapan: Cochrane pada usia 30 tahun dan seterusnya. Pangkalan Data Cochrane Kajian Sistematik 2022;(12):ED000161. https://doi.org/10.1002/14651858.ED000161
Penghargaan
Koleksi ini disusun dan diperkenalkan oleh Toby Lasserson, Timbalan Ketua Pengarang, Cochrane.
Terjemahan
Koleksi khas ini telah diterjemah ke dalam Bahasa Malaysia oleh Cochrane Malaysia dan disunting oleh Noorliza Mastura Ismail pada 9 June 2023
Kredit imej
Cochrane