Koleksi Khas: Coronavirus (COVID-19): infection control and prevention measures

Pertama kali diterbitkan pada 4 Mac 2020 dan dikemas kini secara berterusan; terakhir dikemas kini pada 14 Oktober 2024 (perubahan diperincikan di bawah); semua ulasan dalam Koleksi Khas ini boleh diakses secara percuma

Koleksi Khas ini adalah salah satu siri koleksi COVID-19. Ia pada asalnya diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan juga tersedia dalam Bahasa Cina Ringkas, Cina Tradisional, Croatia, Czech, Jerman, Farsi, Perancis, Jepun, Bahasa Malaysia, Poland, Portugis, Rusiadan Sepanyol.

Koleksi Khas in dicipta sebagai respon kepada pandemik COVID-19 dan dikemaskini secara regular. Ia bertujuan memastikan akses segera kepada ulasan sistematik yang paling relevan dengan pencegahan jangkitan. Ia termasuk ulasan yang relevan dengan panduan interim WHO, serta ulasan lain yang berpotensi relevan daripada tiga rangkaian Cochrane: Kesihatan Awam dan Sistem Kesihatan Cochrane; Muskuloskeletal, Oral, Kulit dan Sensori Cochrane; dan Penjagaan Kecemasan dan Akut Cochrane dan juga mengukuh pengetahuan daripada kumpulan-kumpulan Cochrane di kawasan yang terjejas. Kebanyakan ulasan dalam koleksi ini juga mempunyai Jawapan Klinikal Cochraneyang berkaitan (CCAs) dengan pautan-pautan yang tersedia.

Kepelbagaian sifat-sifat patogen dan cara transmisi berbanding apa yang diketahui semasa tentang COVID-19 mungkin mengehadkan kebolehgunaan bukti yang diringkaskan dalam ulasan-ulasan ini. Sila ambil perhatian ulasan-ulasan yang disertakan dalam Koleksi Khas ini meringkaskan bukti, dan kemasukannya tidak bermakna intervensi yang diulas menunjukkan langkah pencegahan yang berkesan.

Dikemas kini pada 14 Oktober 2024 dengan ulasan Cochrane baharu, 'Alternatif ujian molekul berasaskan makmal kepada RT-PCR untuk diagnosis jangkitan SARS-CoV-2'.

Identifikasi dan diagnosis

Laboratory‐based molecular test alternatives to RT‐PCR for the diagnosis of SARS‐CoV‐2 infection

Mendiagnosis orang yang dijangkiti SARS-CoV-2 memainkan peranan penting dalam menguruskan pandemik COVID-19 dan kekal sebagai keutamaan untuk peralihan kepada pengurusan jangka panjang COVID-19. Kegagalan untuk mengesan SARS-CoV-2 apabila ia wujud berisiko merebakkan jangkitan dan mengakibatkan terlepas peluang untuk pencegahan. Pada masa ini, ujian untuk mengesahkan jangkitan SARS-CoV-2 bergantung terutamanya pada tindak balas rantai transkripsi-polimerase terbalik (RT-PCR) masa nyata. Ini memerlukan peralatan pakar dan boleh mengambil masa 24 jam untuk menghasilkan keputusan. Alternatif kepada RT‐PCR boleh, jika cukup tepat, mempunyai kesan positif dengan memperluaskan rangkaian alat diagnostik yang tersedia untuk mengenal pasti tepat pada masanya orang yang dijangkiti SARS‐CoV‐2, akses kepada ujian dan penggunaan sumber.

Obesiti sebagai faktor risiko bebas untuk keterukan dan mortaliti COVID-19

Orang yang mempunyai BMI yang sangat tinggi (> 40 kg/m2) mungkin berisiko lebih tinggi mendapat kesan buruk daripada COVIID-19 berbanding mereka yang mempunyai BMI yang rendah. Ulasan ini bertujuan untuk menilai kesan BMI yang sangat tinggi terhadap kematian, keperluan untuk pengudaraan mekanikal, kemasukan ke hospital, kemasukan ke rawatan rapi, penyakit teruk atau radang paru-paru pada orang dewasa dengan penyakit COVID-19 yang disahkan. Ulasan ini bertujuan untuk menilai kesan BMI yang sangat tinggi terhadap kematian, keperluan untuk pengudaraan mekanikal, kemasukan ke hospital, kemasukan ke rawatan rapi, penyakit teruk atau radang paru-paru pada orang dewasa dengan penyakit COVID-19 yang disahkan. Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan: Bagi orang dewasa dengan COVID-19, adakah obesiti menjejaskan hasil?

Tanda‐tanda dan simptom untuk menentukan jika pesakit yang hadir ke persekitaran penjagaan primer atau pesakit luar hospital mempunyai COVID‐19

Penyakit COVID-19 sangat berubah-ubah, bermula daripada jangkitan tanpa simptom hingga pneumonia dan akibat yang mengancam nyawa. Simptom seperti demam, batuk, atau kehilangan deria bau (anosmia) atau rasa (ageusia), boleh membantu menanda awal jika penyakit itu ada. Maklumat tersebut boleh diguna sama ada untuk mengetepikan penyakit COVID-19 atau untuk mengenal pasti orang yang perlu menjalani ujian diagnostik COVID-19. Ulasan ini dikemas kini dua kali sejak penerbitan pertamanya pada 2020, menilai ketepatan diagnostik tanda-tanda dan simptom untuk menentukan jika seseorang yang hadir di persekitaran penjagaan primer atau persekitaran pesakit luar di hospital seperti jabatan kecemasan atau klinik COVID‐19 khas, ada COVID‐19. Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan: Apakah ketepatan simptom tetapan dan simptom berkaitan COVID‐19 Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) untuk diagnosis COVID‐19?

Ujian antibodi untuk mengenal pasti jangkitan semasa dan jangkitan lalu SARS-CoV-2

Ulasan kemas kini ini meringkaskan bukti ketepatan ujian antibodi COVID-19; kedua-dua ujian berasaskan makmal dan ujian pantas menggunakan format aliran sisi. Cabaran diagnostik yang dikaitkan dengan pandemik COVID-19 menyebabkan perkembangan pesat kaedah ujian diagnostik untuk mengesan jangkitan SARS-CoV-2. Ujian serologi untuk mengesan kehadiran antibodi kepada SARS-CoV-2 membolehkan pengesanan jangkitan lalu dan mungkin mengesan kes jangkitan SARS-CoV-2 yang terlepas oleh ujian diagnostik awal. Memahami ketepatan diagnostik ujian serologi untuk jangkitan SARS‐CoV‐2 mungkin membolehkan pembangunan laluan diagnostik dan pengurusan yang berkesan, memaklumkan keputusan pengurusan kesihatan awam dan memahami epidemiologi SARS‐CoV‐2. Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan: Apakah ketepatan ujian imunoglobulin G (IgG) dan antibodi IgM untuk pengesanan jangkitan SARS‐CoV‐2 semasa? dan Apakah ketepatan ujian imunoglobulin G (IgG) dan antibodi IgM untuk pengesanan jangkitan SARS‐CoV‐2 yang lalu?

Ujian antigen titik penjagaan pantas untuk diagnosis jangkitan SARS-CoV-2

Ujian diagnostik pantas yang tepat untuk jangkitan SARS-CoV-2 akan menjadi alat yang berguna untuk membantu mengurus wabak COVID-19. Strategi ujian yang menggunakan ujian antigen pantas untuk mengesan jangkitan semasa berpotensi meningkatkan akses kepada ujian, pengesanan jangkitan yang pantas, dan memaklumkan keputusan pengurusan kesihatan klinikal dan awam untuk mengurangkan transmisi. Ini adalah kemas kini kedua ulasan ini, yang pertama kali diterbitkan pada 2020. Ulasan ini hanya tertumpu pada ujian antigen pantas. Jawapan Klinikal Cochrane Berkaitan: Apakah ketepatan ujian pantas dan titik penjagaan berdasarkan antigen untuk diagnosis jangkitan SARS-CoV-2

Accuracy of routine laboratory tests to predict mortality and deterioration to severe or critical COVID‐19 in people with SARS‐CoV‐2

Adalah penting untuk mengenal pasti orang yang mempunyai penyakit COVID-19 yang keadaannya mungkin merosot, untuk menilai sama ada mereka perlu menerima rawatan rapi atau sama ada mereka boleh dirawat dengan cara yang kurang intensif atau melalui penjagaan pesakit luar. Ulasan ini menilai keberkesanan ujian makmal berasaskan darah rutin pada seseorang yang didiagnosis dengan jangkitan SARS-CoV-2 dan dengan COVID-19 sederhana atau ringan untuk meramalkan kemungkinan kematian mereka atau kemerosotan kepada COVID-19 yang teruk atau kritikal.

Vaksinasi

Keberkesanan dan keselamatan vaksin COVID-19

Pelbagai bentuk vaksin telah dibangunkan untuk mencegah jangkitan virus SARS-CoV-2 dan penyakit COVID-19 yang seterusnya. Beberapa vaksin diguna secara meluas di seluruh dunia. Ulasan baharu ini bertujuan untuk menilai keberkesanan dan keselamatan vaksin COVID-19 terhadap SARS-CoV-2, sebagai siri vaksinasi utama penuh atau dos penggalak. Jawapan Klinikal Cochrane Berkaitan: Apakah manfaat dan risiko vaksin berasaskan RNA untuk mencegah COVID-19?, Apakah manfaat dan risiko vaksin virus yang tidak aktif untuk mencegah COVID‐19?, Apakah manfaat dan risiko vaksin vektor virus bukan replika untuk mencegah COVID‐19?, dan Apakah manfaat dan risiko vaksin subunit protein untuk mencegah COVID‐19?.

Imuniti selepas vaksinasi COVID-19 dalam kalangan orang yang berisiko lebih tinggi untuk status imun berkompromi: ulasan skop

Ulasan skop ini memberikan gambaran keseluruhan literatur sedia ada tentang respon imun dan hasil klinikal jangka panjang selepas vaksinasi COVID-19. Beberapa vaksin telah terbukti sangat berkesan dari segi perlindungan terhadap COVID-19 yang teruk, walau bagaimanapun pesakit dengan status imun berkompromi mengalami respon imun yang lebih lemah dan kurang stabil terhadap vaksinasi. Respon imun yang kuat mungkin tidak selalu diterjemahkan kepada manfaat klinikal, oleh itu adalah penting untuk mensintesis bukti tentang skim yang dimodifikasi dan jenis vaksinasi dalam subkumpulan populasi ini untuk membimbing keputusan kesihatan. Jawapan Klinikal Cochrane Berkaitan: Apakah bukti sedia ada tentang vaksin terhadap SARS-CoV-2 dalam kalangan orang yang berisiko tinggi untuk respon imun yang lebih rendah?

Intervensi untuk meningkatkan pengambilan vaksin COVID-19: ulasan skop

Ulasan skop ini memetakan intervensi yang bertujuan untuk meningkatkan pengambilan vaksin COVID-19 dan mengurangkan keraguan vaksin COVID-19. Keraguan vaksin adalah ancaman serius kepada matlamat vaksinasi negara di kebanyakan negeri dan menimbulkan ancaman besar kepada kesihatan populasi. Vaksin adalah berkesan untuk mencegah COVID‐19 yang teruk, satu penyakit yang mana terdapat sedikit rawatan dan boleh menyebabkan kehilangan upaya atau kematian. Vaksinasi meluas terhadap COVID-19 mungkin boleh melindungi mereka yang belum dapat vaksin. Di samping itu, mutasi baru dan tahan vaksin SARS-CoV-2 mungkin kurang cenderung untuk dikembangkan jika penyebaran COVID-19 adalah terhad. Pelbagai vaksin kini tersedia meluas di dalam banyak persekitaran. Jawapan Klinikal Cochrane Berkaitan: Apakah bukti sedia ada tentang intervensi untuk meningkatkan pengambilan vaksin COVID-19 atau mengurangkan keraguan vaksin COVID-19?

Persepsi dan pengalaman pekerja-pekerja penjagaan kesihatan berkomunikasi dengan orang yang berumur lebih 50 tahun tentang vaksinasi: sintesis bukti kualitatif

Penyakit berjangkit adalah penyebab utama penyakit dan kematian dalam kalangan orang tua. Vaksin boleh mencegah penyakit berjangkit termasuk terhadap influenza bermusim, penyakit pneumokokus, herpes zoster dan COVID-19. Walau bagaimanapun, pengambilan vaksinasi dalam kalangan orang tua berbeza-beza mengikut persekitaran dan kumpulan. Komunikasi dengan pekerja-pekerja penjagaan kesihatan boleh memainkan peranan penting dalam keputusan orang tua untuk divaksin. Ulasan ini meneroka persepsi dan pengalaman pekerja-pekerja penjagaan kesihatan berkomunikasi dengan orang tua tentang vaksinasi Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan Apakah persepsi dan pengalaman pekerja penjagaan kesihatan (HCW) dalam berkomunikasi dengan orang tua (> 50 tahun) tentang vaksinasi?

Faktor yang mempengaruhi pandangan dan amalan ibu bapa dan penjaga tidak formal tentang vaksinasi rutin zaman kanak-kanak: sintesis bukti kualitatif

Vaksinasi zaman kanak-kanak adalah salah satu cara yang paling berkesan untuk mencegah penyakit serius dan kematian dalam kalangan kanak-kanak. Walau bagaimanapun di seluruh dunia ramai kanak-kanak tidak menerima semua vaksinasi yang disyorkan kerana beberapa sebab yang berpotensi. Vaksin mungkin tidak tersedia, atau ibu bapa mungkin mengalami kesukaran mengakses perkhidmatan vaksinasi; contohnya kerana perkhidmatan kesihatan yang tidak berkualiti, jarak dari fasiliti kesihatan, atau kekurangan wang. Sesetengah ibu bapa mungkin tidak dapat menerima vaksin dan perkhidmatan vaksin sedia ada. Kefahaman kami tentang apa yang mempengaruhi pandangan dan amalan ibu bapa mengenai vaksinasi zaman kanak-kanak dan mengapa sesetengah ibu bapa mungkin tidak menerima vaksin untuk anak-anak mereka adalah terhad. Sintesis bukti kualitatif ini bertujuan untuk (1) meneroka pandangan dan amalan ibu bapa dan penjaga tidak formal tentang vaksinasi rutin kanak-kanak dan faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan, keraguan, atau ketidakterimaan vaksinasi rutin kanak-kanak; (2) membangun kefahaman konsep tentang apa dan bagaimana pelbagai faktor mengurangkan penerimaan ibu bapa terhadap vaksinasi rutin kanak-kanak; dan (3) meneroka bagaimana penemuan ulasan ini boleh meningkatkan kefahaman kami tentang Ulasan-ulasan Cochrane berkaitan keberkesanan intervensi. Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan Apakah faktor yang mempengaruhi pandangan dan amalan ibu bapa dan penjaga tidak formal tentang vaksinasi rutin zaman kanak-kanak

Kawalan jangkitan di persekitaran penjagaan kesihatan

Kelengkapan perlindungan peribadi untuk mencegah penyakit berjangkit akibat pendedahan kepada cecair badan tercemar dalam kalangan staf penjagaan kesihatan

Dalam epidemik penyakit yang sangat mudah berjangkit seperti Ebola, sindrom respiratori akut teruk (SARS) atau koronavirus (COVID-19), pekerja penjagaan kesihatan lebih berisiko jangkitan berbanding populasi umum kerana kontak dengan cecair badan pesakit yang tercemar . Kelengkapan perlindungan diri (PPE) dapat mengurangkan risiko dengan menutup bahagian badan yang terdedah. Ulasan ini menilai jenis PPE penuh dan kaedah pemakaian atau pelepasan PPE yang paling kurang berisiko pencemaran atau jangkitan kepada pekerja penjagaan kesihatan dan kaedah latihan mana yang meningkatkan pematuhan protokol PPE. Jawapan Klinikal Cochrane Berkaitan: Apakah jenis kelengkapan perlindungan diri (PPE), dan intervensi untuk meningkatkan penggunaan PPE oleh pekerja penjagaan kesihatan, membantu mengurangkan penyebaran penyakit yang mudah berjangkit?

Intervensi untuk mengurangkan aerosol tercemar yang dihasilkan semasa prosedur pergigian untuk mencegah penyakit berjangkit

Banyak prosedur pergigian menghasilkan aerosol (titisan, nukleus titisan dan percikan) yang menyimpan pelbagai mikroorganisme patogen dan boleh menimbulkan risiko penyebaran jangkitan antara doktor gigi dan pesakit. Pandemik COVID-19 telah menyebabkan lebih kebimbangan tentang risiko ini. Ulasan ini menilai keberkesanan kaedah yang diguna semasa prosedur rawatan pergigian untuk meminimumkan pengeluaran aerosol dan mengurangkan atau meneutralkan pencemaran aerosol. Jawapan Klinikal Cochrane Berkaitan: Bagaimanakah evakuasi isipadu tinggi (HVE) berbanding tiada HVE atau sedutan pergigian alternatif untuk mengurangkan aerosol yang tercemar semasa prosedur pergigian? dan Bagaimanakah bahan penyejuk antimikrob berbanding satu sama lain atau dengan plasebo untuk mengurangkan aerosol tercemar semasa prosedur pergigian?

Halangan dan fasilitator kepatuhan pekerja penjagaan kesihatan kepada garis panduan pencegahan dan kawalan jangkitan (IPC) untuk penyakit respiratori berjangkit: sintesis bukti kualitatif pantas

Apabila penyakit baharu respiratori berjangkit merebak seperti semasa pandemik COVID-19, pematuhan pekerja penjagaan kesihatan kepada garis panduan pencegahan dan kawalan jangkitan (IPC) menjadi lebih penting. Strategi dalam garis panduan ini merangkumi penggunaan kelengkapan perlindungan diri seperti topeng, pelitup muka, sarung tangan dan gaun; pengasingan pesakit dengan jangkitan respiratori daripada yang lain; dan rutin pembersihan yang ketat. Strategi ini sukar dan memakan masa untuk mematuhi di dalam amalan. Ulasan kualitatif pantas ini mengenal pasti halangan dan fasilitator pekerja penjagaan kesihatan mematuhi garis panduan (IPC) untuk penyakit respiratori berjangkit: Jawapan Klinikal Cochrane Berkaitan: Apakah halangan organisasi, persekitaran, dan individu dan fasilitator yang mempengaruhi kepatuhan pekerja penjagaan kesihatan terhadap garis panduan pencegahan dan kawalan jangkitan (IPC) untuk penyakit respiratori berjangkit?

Intervensi-intervensi untuk memperbaik pematuhan higin tangan dalam penjagaan pesakit

Jangkitan yang berkait dengan penjagaan kesihatan adalah punca utama morbiditi dan mortaliti. Kebersihan tangan dianggap sebagai langkah pencegahan yang berkesan. Ulasan ini menilai keberkesanan jangka masa pendek dan panjang, strategi untuk memperbaik pematuhan yang disyor untuk higin tangan dan menentukan sama ada peningkatan dalam pematuhan higin tangan boleh mengurangkan kadar jangkitan berkaitan penjagaan kesihatan. Jawapan Klinikal Cochrane Berkaitan: Apakah kesan kempen multimod untuk memperbaik higin tangan pekerja penjagaan kesihatan? dan Apakah kesan maklumbalas prestasi, pendidikan, dan isyarat olfaktori/visual terhadap higin tangan pekerja penjagaan kesihatan?

Pengawasan Standard merujuk kepada sistem tindakan, seperti penggunaan kelengkapan perlindungan diri atau mematuhi pengendalian jarum yang selamat oleh pekerja penjagaan kesihatan untuk mengurangkan penyebaran kuman di persekitaran penjagaan kesihatan seperti hospital dan rumah jagaan. Ulasan ini menilai keberkesanan intervensi yang mensasarkan pekerja penjagaan kesihatan untuk memperbaik pematuhan kepada Pengawasan Standard dalam penjagaan pesakit. Jawapan Klinikal Cochrane Berkaitan: Adakah pendidikan pekerja penjagaan kesihatan memperbaik pematuhan pengawasan standard untuk mengawal jangkitan yang berkait dengan penjagaan kesihatan?

Meticillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA) adalah patogen diperoleh hospital yang biasa. Ia meningkatkan morbiditi, mortalti, dan kos penjagaan kesihatan. Kawalannya berterusan menjadi isu yang tidak selesai di kebanyakan hospital di seluruh dunia. Ulasan ini menilai keberkesanan memakai sarung tangan, gaun atau topeng muka apabila kontak dijangka dengan pesakit di hospital yang membawa atau dijangkiti MRSA, atau dengan persekitaran langsung pesakit. Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan Adakah sarung tangan, gaun, dan topeng muka mengurangkan penyebaran MRSA di persekitaran hospital?

Pemakaian gaun dalam kalangan pengiring dan pelawat tempat penjagaan bayi baru lahir dalam mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti bayi.

Gaun diguna dengan meluas di tempat penjagaan bayi baru lahir dan unit penjagaan intensif neonatal. Penggunaan gaun dipercayai dapat membantu mencegah penyebaran jangkitan nosokomial dan berfungsi sebagai peringatan kepada pengiring dan pelawat untuk mencuci tangan sebelum menyentuh bayi. Ulasan ini menilai kesan memakai gaun oleh pengiring dan pelawat keatas insiden jangkitan dan kematian di tempat penjagaan bayi yang baru lahir. Jawapan Klinikal Cochrane Berkaitan: Adakah pemakaian gaun dalam kalangan pengiring dan pelawat di tempat penjagaan bayi baru lahir dapat mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti bayi?

Tiub endotrakeal kaf berbanding tiada kaf untuk neonat

Intubasi endotrakeal adalah prosedur yang lazim dilakukan kepada neonat. Sesetengah tiub endotrakeal (ETT) dilengkapi dengan kaf yang boleh ditiup selepas memasukkan ETT ke dalam saluran udara untuk mengehadkan kebocoran atau aspirasi. Manfaat berpotensi menggunakan ETT berkaf yang dikembungkan mungkin mengurangkan pendedahan pekerja penjagaan kesihatan kepada partikel aerosol yang boleh menyebabkan transmisi mendatar seperti COVID-19. Dengan kefahaman baik tentang anatomi saluran pernafasan neonatal dan penggunaan meluas tiub berkaf oleh pakar bius, penggunaannya semakin meningkat dalam kalangan neonat; walau bagaimanapun, terdapat kepelbagaian dan kekaburan dalam banyak aspek penjagaan tentang penggunaan ETT berkaf dalam populasi neonatal. Ulasan ini menilai bukti yang menyokong atau menentang penggunaan tiub berkaf dalam kalangan bayi baru lahir. Jawapan Klinikal Cochrane Berkaitan: Bagaimanakah tiub endotrakeal kaf berbanding tiada kaf untuk neonat dan bayi yang memerlukan ventilasi mekanikal?

Intervensi tingkah laku untuk mempromosi penggunaan kelengkapan perlindung respiratori dalam kalangan pekerja

Bahaya respiratori adalah lazim di tempat kerja Bergantung kepada bahaya dan pendedahan, akibat Kesihatan mungkin termasuk penyakit yang boleh mengancam nyawa daripada agen berjangkit, kesan akut antara kerengsaan pernafasan kepada keadaan paru-paru yang kronik, atau bahkan kanser daripada pendedahan kepada bahan kimia atau toksin. Penggunaan alat perlindungan pernafasan (RPE) adalah langkah pencegahan penting dalam banyak persekitaran pekerjaan. RPE hanya menawarkan perlindungan apabila dipakai dengan betul, apabila dikeluarkan dengan selamat dan apabila ia diganti atau dikekalkan secara berkala. Keberkesanan intervensi tingkah laku sama ada diarahkan kepada majikan atau organisasi atau diarahkan kepada pekerja individu untuk mempromosikan penggunaan RPE dalam pekerja tetap menjadi soalan penting yang tidak terjawab. Ulasan ini menilai kesan intervensi tingkah laku sama ada yang diarahkan kepada organisasi atau pekerja individu mengenai penggunaan RPE yang diperhatikan atau dilaporkan sendiri dalam pekerja dibandingkan dengan tiada intervensi atau intervensi alternatif. Jawapan Klinikal Cochrane Berkaitan: Adakah intervensi pendidikan memperbaik penggunaan kelengkapan perlindungan respiratori (RPE) di tempat kerja?

Mandian klorheksidin pesakit kritikal untuk mencegah jangkitan perolehan hospital

Jangkitan perolehan hospital adalah kejadian buruk yang kerap berlaku dalam penjagaan pesakit; ia boleh membawa kepada tempoh tinggal yang lebih lama di unit penjagaan intensif, komplikasi perubatan tambahan, hilang upaya kekal ataupun kematian. Prevalen jangkitan adalah tinggi di unit penjagaan intensif di mana pesakit kritikal mempunyai imuniti rendah dan perlukan lebih pemantauan invasif. Klorheksidina adalah produk kos rendah yang meluas sebagai pembasmi kuman dan antiseptik yang boleh diguna untuk memandikan pesakit kritikal dengan tujuan membunuh bakteria dan mengurangkan penyebaran jangkitan perolehan hospital. Ulasan ini menilai kesan mandian klorheksidina terhadap jumlah jangkitan perolehan hospital pesakit kritikal. Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan Apakah kesan mandian klorheksidina untuk mencegah jangkitan perolehan hospital dalam kalangan orang yang dimasukkan ke unit penjagaan intensif (ICUs)?

Penggunaan ubat kumur antimikrob (berkumur) dan semburan hidung oleh petugas kesihatan untuk melindungi mereka ketika merawat pesakit yang disyaki atau sah dijangkiti COVID - 19

Jangkitan COVID‐19 menimbulkan risiko serius kepada pesakit dan – akibat sifatnya yang menular – kepada pekerja penjagaan kesihatan (HCW) yang merawat mereka. Jika mulut dan hidung HCW diairi dengan larutan antimikrob, ini boleh membantu mengurangkan risiko jangkitan aktif daripada pesakit yang dijangkiti kepada HCW melalui transmisi titisan atau sentuhan langsung. Walau bagaimanapun, penggunaan larutan antimikrob seperti itu mungkin dikaitkan dengan mudarat yang berkait dengan ketoksikan larutan itu sendiri, atau perubahan dalam flora mikrob semula jadi mulut atau hidung. Memahami kemungkinan kesan sampingan ini amat penting bila HCW adalah cergas dan sihat. Ulasan ini menilai faedah dan kemudaratan ubat kumur antimikroba dan semburan hidung yang digunakan oleh pekerja kesihatan (HCW) untuk melindungi diri mereka ketika merawat pesakit dengan jangkitan COVID ‐ 19 yang disyaki atau disahkan.

Ubat kumur antimikrob (berkumur) dan semburan hidung diberi kepada pesakit yang disyaki atau sah dijangkiti COVID - 19 untuk memulihkan keadaan pesakit dan melindungi petugas kesihatan yang merawat mereka

Jangkitan COVID‐19 menimbulkan risiko serius kepada pesakit dan – akibat sifatnya yang menular – kepada pekerja penjagaan kesihatan (HCW) yang merawat mereka. Jika mulut dan hidung pesakit yang dijangkiti diairi dengan larutan antimikrob, ini boleh membantu pesakit dengan membunuh sebarang koronavirus yang terdapat di tapak tersebut. Ia juga boleh mengurangkan risiko jangkitan aktif kepada HCW melalui transmisi titisan atau sentuhan langsung. Walau bagaimanapun, penggunaan larutan antimikrob seperti itu mungkin dikaitkan dengan mudarat yang berkait dengan ketoksikan larutan itu sendiri atau perubahan dalam flora mikrob semula jadi mulut atau hidung. Ulasan ini menilai manfaat dan mudarat ubat kumur antimikrob dan semburan hidung yang diberikan kepada pesakit yang disyaki atau disahkan jangkitan COVID-19 kepada kedua-dua pesakit dan HCW yang menjaga mereka.

Penggunaan ubat kumur antimikrob (berkumur) dan semburan hidung untuk melindungi pekerja penjagaan kesihatan ketika melaksanakan prosedur yang menghasilkan aerosol (AGPs) dalam kalangan pesakit yang tidak disyaki atau sah dijangkiti COVID-19

Jangkitan COVID‐19 menimbulkan risiko serius kepada pesakit dan – akibat sifatnya yang menular – kepada pekerja penjagaan kesihatan (HCW) yang merawat mereka. Risiko transmisi jangkitan lebih besar apabila pesakit menjalani prosedur penjanaan aerosol (AGP). Tidak semua yang dijangkiti COVID-19 bergejala atau disyaki menjangkiti. Jika pesakit yang tidak diketahui menghidap atau disyaki dijangkiti COVID‐19 perlu menjalani AGP, adalah wajar untuk meminimumkan risiko kepada HCW yang merawat mereka. Ulasan ini menilai manfaat dan mudarat ubat kumur antimikrob dan semburan hidung yang diberi kepada HCW dan/atau pesakit semasa melakukan AGP dalam kalangan pesakit tanpa jangkitan COVID 19 yang disyaki atau disahkan.

Kawalan jangkitan dalam komuniti

Komunikasi untuk mempromosi dan menyokong penjarakan fizikal bagi pencegahan dan kawalan COVID-19

Ulasan ini adalah kemas kini ulasan pantas yang dibuat pada 2020 untuk mengenal pasti pendekatan komunikasi yang relevan, boleh dilaksanakan dan berkesan untuk mempromosi penerimaan, pengambilan dan pematuhan kepada langkah-langkah penjarakan fizikal untuk pencegahan dan kawalan COVID-19. Ulasan pantas itu diterbitkan apabila sedikit diketahui tentang penularan, rawatan atau vaksinasi masa depan, dan apabila langkah-langkah penjarakan fizikal (pengasingan, kuarantin, pengesanan kenalan, mengelak kesesakan, langkah-langkah di tempat kerja dan sekolah) merupakan asas respon kesihatan awam di seluruh dunia.

Ulasan yang dikemas kini ini menyertakan bukti yang lebih terkini untuk melanjutkan apa yang kita tahu tentang komunikasi kesihatan awam pandemik yang berkesan. Ini termasuklah pertimbangan perubahan yang perlu dari masa ke semasa untuk mengekalkan respon terhadap gelombang penularan wabak, (ketaksaksamaan) kesaksamaan dan keperluan pelbagai kumpulan dalam komuniti akibat wabak itu, dan menekankan peranan kritikal komunikasi berkesan sebagai asas penting kepada respon kesihatan awam.

Antibodi monoklonal peneutralan SARS-CoV-2 untuk mencegah COVID -19

Antibodi monoklonal (mAbs) ialah molekul hasilan makmal yang diperoleh daripada sel B perumah yang dijangkiti, direka untuk mensasarkan satu protein spesifik. Ia sedang disiasat sebagai profilaksis yang berpotensi untuk mencegah penyakit koronavirus 2019 (COVID‐19); ia adalah relevan untuk orang yang tidak respon atau respon rendah terhadap vaksinasi. Ulasan ini menilai kesan SARS-CoV-2-meneutralkan mAb, termasuk fragmen mAb, untuk mencegah jangkitan SARS-CoV-2 yang menyebabkan COVID-19, dan menggunakan pendekatan ulasan sistematik berterusan untuk mengekalkan bukti mutakhir. Jawapan Klinikal Cochrane BerkaitanBolehkah pasca pendedahan antibodi monoklonal yang meneutralkan SARS-CoV-2 membantu mencegah COVID-19?danBolehkah pra-pendedahan antibodi monoklonal yang meneutralkan SARS-CoV-2 membantu mencegah COVID-19?

Langkah-langkah bukan farmakologi yang dilaksana di persekitaran fasiliti penjagaan jangka panjang bagi mencegah jangkitan SARS-CoV-2 dan kesan-kesannya: ulasan pantas

Fasiliti penjagaan jangka panjang berisiko tinggi untuk wabak COVID-19 yang disebabkan oleh koronavirus SARS‐CoV‐2 novel dan beban morbiditi dan mortaliti adalah sangat tinggi dalam kalangan residen di fasilti-fasiliti ini. Ulasan ini menilai kesan langkah bukan farmakologi yang dilaksana di fasiliti penjagaan jangka panjang untuk mencegah atau mengurangkan penularan jangkitan SARS-CoV-2 dalam kalangan residen, kakitangan dan pelawat. Jawapan Klinikal Cochrane BerkaitanApakah kesan langkah peraturan kemasukan COVID-19 di fasiliti penjagaan jangka panjang (LCTF)? ; ; Apakah kesan peraturan kontak dan langkah pengurangan penularan COVID-19 di fasiliti penjagaan jangka panjang (LCTF)? ; Apakah kesan langkah kawalan wabak COVID-19 di fasiliti penjagaan jangka panjang (LCTF)? ; dan Apakah kesan langkah surveilan COVID-19 di fasiliti penjagaan jangka panjang (LCTF)?

Langkah-langkah kawalan perjalanan antarabangsa untuk membendung pandemik COVID‐19: ulasan pantas

Pada akhir 2019, kes pertama penyakit coronavirus 2019 (COVID‐19) dilaporkan di Wuhan, China diikuti dengan penyebaran di seluruh dunia. Banyak negara telah melaksanakan langkah kawalan berkaitan perjalanan antarabangsa, termasuk penutupan sempadan, sekatan perjalanan, saringan di sempadan dan kuarantin pengembara. Ulasan pantas ini menilai keberkesanan langkah-langkah kawalan berkaitan perjalanan antarabangsa semasa pandemik COVID-19 terhadap penularan penyakit berjangkit dan hasil saringan berkaitan. Jawapan Klinikal Cochrane Berkaitan: Apakah kesan sekatan perjalanan antarabangsa terhadap penyebaran COVID‐19?; Apakah kesan kuarantin pengembara yang melintasi sempadan antarabangsa (dengan atau tanpa saringan) terhadap penyebaran COVID‐19? dan Apakah kesan saringan masuk dan/atau keluar sempadan antarabangsa terhadap penyebaran COVID‐19?

Saringan universal untuk jangkitan SARS -CoV‐2: ulasan pantas

Kebanyakan orang yang dijangkiti SARS‐CoV‐2 mendapat penyakit ringan dengan simptom yang tidak spesifik, tetapi kira-kira 5% menjadi kritikal dengan kegagalan respiratori, kejutan septik dan kegagalan berbilang organ. Sesetengah individu yang dijangkiti tidak pernah mengalami simptom COVID-19 walaupun mereka boleh menjangkiti, iaitu mereka kekal asimptomatik. Mereka yang mendapat penyakit ini melalui tempoh prasimptomatik di mana mereka boleh menjangkiti. Saringan universal untuk mengesan individu yang dijangkiti SARS‐CoV‐2 sebelum menunjukkan tanda klinikal boleh menjadi langkah penting untuk membendung penyebaran penyakit tersebut. Ulasan pantas ini bertujuan menilai keberkesanan saringan universal untuk jangkitan SARS‐CoV‐2 berbanding tanpa saringan, dan ketepatan saringan universal dalam kalangan orang yang belum menghadiri penjagaan klinikal untuk simptom COVID-19. Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan Apakah ketepatan saringan simptom dan elisitasi maklumat tentang sejarah perjalanan dan pendedahan kepada orang yang diketahui dijangkiti untuk mendiagnos jangkitan coronavirus 2 (SARS‐CoV‐2) sindrom pernafasan akut yang teruk?

Kuarantin sahaja atau kombinasi dengan langkah kesihatan awam lain untuk mengawal COVID-19: ulasan pantas

Koronavirus (COVID-19) adalah virus baru yang telah merebak dengan cepat ke seluruh dunia. COVID-19 mudah merebak antara orang yang berada dalam jarak rapat atau melalui batuk dan bersin. Kebanyakan pesakit yang dijangkiti mengalami simptom ringan seperti selesema tetapi ada yang sakit serius dan juga meninggal dunia. Ulasan pantas ini menilai kuarantin (sendirian atau gabungan dengan langkah lain) individu yang berkontak dengan kes sah COVID -19 yang mengembara dari negara diisytihar wabak atau yang tinggal di kawasan yang tinggi penularan penyakit tersebut. Jawapan Klinikal Cochrane BerkaitanApakah kesan kuarantin untuk kontak rapat orang yang sah ada COVID - 19?; Apakah kesan kuarantin bagi individu yang mengembara dari negara yang diisytihar wabak COVID‐19 ?; dan Apakah kesan kuarantin dan langkah-langkah lain untuk mengawal penyebaran COVID-19?

Teknologi pengesanan kontak digital semasa wabak: ulasan pantas

Mengurangkan penularan SARS‐CoV‐2 adalah keutamaan global. Pengesanan kontak mengenal pasti orang yang terbaharu kontak dengan individu yang dijangkiti untuk mengasingkan mereka dan mengurangkan penularan lanjutan. Teknologi digital boleh dilaksana untuk meningkatkan pengesanan kontak manual dengan peralatan digital yang dikumpulkan kepada tiga bahagian: 1) respon wabak; 2) pengesanan proksimiti; dan 3) trek simptom. Ulasan pantas ini menilai manfaat, mudarat dan kebolehterimaan penyelesaian pengesanan kontak digital peribadi untuk mengenal pasti kontak kes positif penyakit berjangkit yang dikenal pasti. Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan Semasa epidemik, sejauh manakah keberkesanan teknologi pengesanan kontak digital untuk mengenal pasti kes sekunder dan kontak rapat?

Intervensi fizikal untuk menyekat atau mengurangkan penyebaran virus respiratori

Epidemik virus atau pandemik jangkitan respiratori akut seperti influenza atau sindrom respiratori akut yang teruk menimbulkan ancaman global. Ubat-ubatan dan vaksin antivirus mungkin tidak cukup untuk mencegah penyebaran. Ulasan ini menilai keberkesanan intervensi fizikal untuk menyekat atau mengurangkan penyebaran virus respiratori. Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan  Bolehkah intervensi fizikal membantu mengurangkan penyebaran virus respiratori?

Membersih tangan dengan abu untuk mengurangkan penyebaran jangkitan virus dan bakteria: ulasan pantas

Mencuci tangan adalah penting untuk mengurangkan penyebaran dan penularan penyakit berjangkit. Abu, sisa dari dapur dan unggun api adalah bahan yang diguna untuk membersih tangan di persekitaran yang tidak terdapat sabun. Ulasan ini menilai manfaat dan mudarat membersih tangan dengan abu berbanding membersih tangan menggunakan sabun atau bahan lain untuk mengurangkan penyebaran jangkitan virus dan bakteria. Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan Adakah pembersihan tangan dengan abu mengurangkan penyebaran jangkitan virus dan bakteria?

Strategi kawalan jangkitan meticillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA) di rumah penjagaan untuk orang tua

Rumah penjagaan orang tua menyediakan persekitaran yang mungkin mempromosi perolehan dan penyebaran meticillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA), menjadikan residen lebih berisiko untuk pengkolonian dan jangkitan. Strategi pencegahan dan kawalan jangkitan adalah penting dalam pencegahan dan mengawal penyebaran MRSA Ulasan ini bertujuan menentukan kesan pencegahan jangkitan dan strategi kawalan untuk mencegah penularan MRSA di rumah jagaan orang tua. Jawapan Klinikal Cochrane Berkaitan: Adakah intervensi pendidikan di rumah jagaan membantu mencegah penularan Staphylococcus aureus (MRSA) yang resistan methicillin?

Langkah-langkah yang dilaksana di persekitaran sekolah untuk membendung pandemik COVID-19: ulasan peninjauan

Sebagai respon kepada penyebaran SARS‐CoV‐2 dan impak COVID‐19, kerajaan negara dan subnegara melaksana pelbagai langkah untuk mengawal penyebaran virus dan penyakit yang berkaitan. Satu persekitaran yang teruk dipengaruhi oleh langkah-langkah ini ialah persekitaran sekolah. Pada pertengahan April 2020, 192 negara telah menutup sekolah, mempengaruhi lebih 90% populasi pelajar di seluruh dunia. Memandangkan akibat buruk penutupan sekolah, banyak negara di seluruh dunia membuka semula sekolah dalam beberapa bulan selepas penutupan awal. Ulasan ini mengenal pasti dan membuat pemetaan komprehensif bukti yang menilai impak langkah-langkah yang dilaksana di persekitaran sekolah untuk membuka semula sekolah, atau memastikan sekolah dibuka, atau kedua-duanya semasa pandemik SARS‐CoV‐2/COVID‐19, dengan fokus khas jenis langkah-langkah yang dilaksana di pelbagai persekitaran sekolah, hasilnya diguna untuk mengukur impak dan jenis kajian yang diguna untuk menilai. Jawapan Klinikal Cochrane Berkaitan: Apakah bukti sedia ada tentang langkah-langkah yang dilaksana di persekitaran sekolah untuk membuka semula sekolah dan/atau memastikan sekolah dibuka semasa pandemik COVID-19?

Langkah-langkah yang dilaksana di persekitaran sekolah untuk membendung pandemik COVID-19

Ulasan ini menyediakan penilaian terkini mengenai bukti tentang keberkesanan langkah yang dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah untuk memastikan sekolah dibuka dengan selamat semasa pandemik COVID-19. Ulasan memfokuskan pada pelbagai jenis langkah yang dilaksanakan untuk mengurangkan hubungan dan menjadikan hubungan lebih selamat dalam sekolah dan komuniti yang lebih luas, dan langkah pengawasan dan tindak balas. Ia mengkaji kesan langkah-langkah ini terhadap penularan penyakit, dan melihat akibat yang tidak diingini daripada langkah-langkah tersebut dan bagaimana langkah-langkah itu dilaksanakan.

Akibat yang tidak diingini daripada langkah yang dilaksanakan di persekitaran sekolah untuk membendung pandemik COVID‐19: ulasan skop

Kebanyakan negara telah melaksanakan langkah-langkah di persekitaran sekolah untuk membuka semula sekolah atau memastikan sekolah tetap dibuka sambil bertujuan untuk membendung penyebaran SARS‐CoV‐2. Untuk membuat keputusan termaklum tentang implementasi, adaptasi atau penggantungan langkah-langkah sedemikian, bukan sahaja penting untuk menilai keberkesanan berkaitan dengan transmisi SARS-CoV-2, tetapi juga untuk menilai akibat yang tidak diingini. Ulasan ini secara komprehensif mengenal pasti dan memetakan bukti tentang akibat kesihatan dan masyarakat yang tidak diingini daripada langkah-langkah berasaskan sekolah untuk mencegah dan mengawal penyebaran SARS-CoV-2, dengan tujuan untuk menjana gambaran deskriptif keseluruhan tentang julat akibat-akibat yang tidak diingini (manfaat atau mudarat) yang dilaporkan serta reka bentuk kajian-kajian yang diguna untuk menilai hasil-hasil ini. Ulasan ini direka bentuk untuk melengkapkan Ulasan Cochrane sedia ada tentang keberkesanan langkah-langkah ini dengan mensintesis bukti implikasi-implikasi peringkat sistem yang lebih luas bagi langkah sekolah melampaui kesan-kesan transmisi SARS-CoV-2. Jawapan Klinikal Cochrane Berkaitan: Apakah bukti sedia ada tentang akibat kesihatan dan masyarakat yang tidak diingini bagi langkah-langkah yang dilaksana di persekitaran sekolah untuk membendung pandemik COVID-19?

Intervensi tempat kerja untuk mengurangkan risiko jangkitan SARS-CoV-2 di luar persekitaran penjagaan kesihatan

Pelbagai intervensi untuk mencegah atau mengurangkan pendedahan pekerja kepada SARS-CoV-2 di tempat kerja telah dilaksana semasa pandemik. Ulasan Cochrane ini menilai kesan intervensi terhada kadar jangkitan COVID-19, ketidakhadiran, kematian berkaitan COVID-19 dan kejadian buruk. Jawapan Klinikal Cochrane berkaitan Bagi pekerja dewasa di luar persekitaran penjagaan kesihatan selepas kontak dengan orang yang dijangkiti, bagaimanakah strategi kehadiran berasaskan ujian berbanding pengasingan diri standard 10 hari dari segi kadar jangkitan SARS-CoV-2?

Penghargaan

Koleksi Khas ini telah dibangunkan oleh Lisa Bero (Editor Kanan, Kesihatan Awam dan Sistem Kesihatan), bersama Toby Lasserson (Timbalan Ketua Pengarang), Newton Opiyo (Editor Bersekutu), Robin Featherstone (Pakar Informasi), dan Monaz Mehta (Editor) di Jabatan Editorial dan Kaedah Cochrane. Rakan-rakan dari Rangkaian Sistem Kesihatan dan Kesihatan Awam, Rangkaian Cochrane China, Luka Cochrane, dan Kumpulan Jangkitan Pernafasan Akut Cochrane turut memberi input tentang pemilihan ulasan untuk Koleksi Khas ini.

Terjemahan

Koleksi khas ini telah diterjemah ke dalam Bahasa Malaysia oleh Cochrane Malaysia dan disunting oleh Noorliza Mastura Ismail pada 5 februari 2024

Kredit imej

Mike Kemp/imej Getty

Hubungi

Jabatan Editorial dan Kaedah Cochrane (emd@cochrane.org)