Pertama kali diterbitkan pada 22 Julai 2020 dan dikemas kini secara berterusan; terakhir dikemas kini pada 02 Feruari 2022 (perubahan diperinci di bawah); semua ulasan dalam Koleksi Khas ini boleh diakses secara percuma
Koleksi Khas ini merupakan salah satu siri koleksi di COVID-19. Ia juga tersedia dalam bahasa Cina Ringkas, Cina Tradisional, Jerman, Farsi, Perancis, Jepun, Korea, Melayu, Poland, Portugis, Rusia dan Sepanyol.
Ramai pekerja penjagaan kesihatan berada di barisan hadapan pandemik COVID-19 untuk memberi rawatan kecemasan dan penjagaan kritikal, sementara yang lain terus menyampaikan perkhidmatan sistem kesihatan yang lebih luas di hospital, klinik, pejabat, komuniti dan rumah. Bekerja dalam keadaan sukar dan banyak stres yang mungkin berlanjutan untuk sementara waktu, memburukkan faktor risiko sedia ada seperti tekanan pekerjaan dan kerja syif. Menyokong kesejahteraan pekerja penjagaan kesihatan adalah sangat penting untuk mengekalkan sistem kesihatan kita semasa krisis dan selepas krisis.
Koleksi khas ini mengumpulkan bukti Cochrane tentang intervensi-intervensi yang mungkin menyokong kesejahteraan pekerja penjagaan kesihatan dan mengurangkan tekanan pekerjaan.
Ulasan-ulasan ini telah diterbitkan oleh Kumpulan Ulasan Cochrane dalam tiga rangkaian: Kesihatan Mental dan Neurosains Cochrane; Muskuloskeletal, Oral, Kulit dan Sensori Cochrane; and Kesihatan Awam dan Sistem Kesihatan Cochrane. Sesetengah ulasan dalam koleksi ini berkait denganJawapan Klinikal Cochrane.
Harap maklum ulasan-ulasan yang dimasukkan dalam Koleksi Khas ini meringkaskan bukti dan kemasukannya tidak bermaksud intervensi yang diulas adalah berkesan.
Dikemas kini 2 Februari 2022 dengan tambahan Jawapan Klinikal Cochrane kepada ulasan 'Intervensi psikologi berasaskan kesedaran untuk memperbaik kesejahteraan mental dalam kalangan pelajar perubatan dan doktor junior'
Intervensi-intervensi untuk tekanan pekerjaan
Bukti dari epidemik penyakit menunjukkan pekerja penjagaan kesihatan berisiko mengalami masalah kesihatan mental jangka pendek dan jangka panjang. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran tentang potensi kesan negatif krisis COVID‐19 terhadap kesejahteraan mental profesional kesihatan dan penjagaan sosial. Gejala masalah kesihatan mental lazimnya termasuk kemurungan, kegelisahan, stres dan masalah kognitif dan sosial tambahan; ini boleh mengimpak fungsi di tempat kerja. Ulasan ini bertujuan untuk menilai kesan intervensi yang menyokong resilien dan kesihatan mental profesional kesihatan dan penjagaan sosial barisan hadapan dan selepas wabak penyakit, epidemik atau pandemik; dan mengenal pasti halangan atau fasilitator untuk melaksanakannya. Jawapan Klinikal Cochrane Berkaitan Apakah ciri intervensi, organisasi dan individu yang mengimpak perlaksanaan intervensi untuk menyokong profesional penjagaan kesihatan dan sosial barisan hadapan semasa dan selepas wabak penyakit, epidemik atau pandemik?
Intervensi psikologi untuk memupuk resilien dalam kalangan profesional penjagaan kesihatan.
Resilien boleh didefinisi sebagai pemeliharaan atau pemulihan pantas kesihatan mental semasa atau selepas tempoh tekanan, akibat peristiwa yang berpotensi trauma, keadaan kehidupan yang mencabar, fasa peralihan kehidupan yang kritikal, atau penyakit fizikal. Profesional penjagaan kesihatan terdedah kepada pelbagai tekanan pekerjaan dan adalah berisiko tinggi mengalami gangguan mental. Ulasan ini menilai intervensi-intervensi untuk memupuk resilien dalam kalangan staf penjagaan kesihatan yang memberi perkhidmatan kesihatan dan perubatan bersekutu. Jawapan Klinikal Cochrane Berkaitan Bagi profesional penjagaan kesihatan, adakah Intervensi psikologi membantu memupuk resilienIntervensi-intervensi psikologi untuk memupuk resilien dalam kalangan pelajar penjagaan kesihatan
Intervensi keprihatinan semakin popular sebagai pendekatan untuk memperbaik kesejahteraan mental. Masih kekal persoalan tentang efikasi intervensi keprihatinan sebagai mekanisme pencegahan untuk pelajar perubatan dan doktor junior yang berisiko tinggi untuk kesihatan mental yang lemah. Ulasan ini menilai kesan intervensi psikologi dengan fokus utama kepada keprihatinan terhadap kesejahteraan mental dan prestasi akademik populasi ini. Jawapan Klinikal Cochrane Berkaitan Apakah kesan intervensi psikologi berasaskan keprihatinan untuk pelajar perubatan dan doktor junior?
Intervensi kes etika untuk pesakit dewasa
Intervensi untuk keselamatan fizikal dan keupayaan bekerja
Jadual kerja - rehat untuk mencegah gejala dan gangguan muskuloskeletal dalam kalangan pekerja sihat
Intervensi untuk mencegah dermatitis tangan iritan pekerjaan
Penghargaan
Koleksi khas ini dikembangkan oleh Miranda Cumpston (Editor, Kesihatan Awam Cochrane), bekerjasama dengan Monaz Mehta (Editor, Jabatan Editorial dan Kaedah Cochrane dan Katherine Jones (Felo Rangkaian Sokongan NIHR, Kesihatan Mental dan Neurosains Cochrane). Rakan sekerja dari Perkembangan Psikososial dan Masalah Pembelajaran Cochrane, Kesihatan Awam Cochrane, Kulit Cochrane, danKecederaan Cochrane, dan Alex Pollock dan Margaret Maxwell dari Universiti Caledonian Glasgow menyediakan input tentang pemilihan ulasan.
Penterjemahan
Koleksi Khas ini diterjemah oleh Roshan Arjun Ananda (Monash University). Dikemaskini oleh Nila Pillai (Cochrane Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Universiti Kolej Manipal Malaysia) pada 2/3/ 2022.
Kredit imej
Imej Getty/Fius
Hubungi
Jabatan Editorial dan Kaedah Cochrane (emd@cochrane.org)