Apa yang anda boleh lakukan

Cochrane mempunyai peluang untuk semua orang untuk memberi sumbangan kepada kerja-kerja kami.

Sama ada anda hanya ingin memberi sumbangan kepada perkara yang berkait rapat dengan apa yang kita sedang lakukan; menyokong kami dengan sumbangan kewangan; membina kemahiran penyelidikan kesihatan dan latihan anda; membantu kami menterjemahkan bukti Cochrane ke bahasa anda; atau akhirnya menjadi seorang pengarang bebas yang diterbitkanterbit dalam satu jurnal kesihatan terbaik di dunia - Perpustakaan Cochrane - kami mempunyai banyak cara yang anda boleh menjadi sebahagian daripada masyarakat Cochrane!

Penyertaan anda dalam Cochrane boleh menjadi satu komitmen yang serta merta sebagai penyaring rekod dengan hanya latihan lima minit dengan Cochrane Crowd; atau lebih menuntut dan terlibat sebagai seorang pengarang Ulasan Cochrane. Sesetengah penyumbang kami bekerja untuk projek Cochrane semasa waktu bekerja, yang lain pada masa lapang mereka, di tempat kerja atau di rumah. Ia terpulang kepada anda, bergantung kepada minat dan masa yang anda boleh sumbangkan.