Soalan lazim

Am

Terjemahan

 

Am

Saya ingin menulis Ulasan Cochrane. Bagaimana saya bermula?

Menjadi penulis Cochrane melibatkan banyak kerja dan komitmen yang panjang, tetapi jika anda percaya anda ada kemahiran dan pengalaman, sila semak semula maklumat di halaman 'Jadi seorang pengarang'. Jika anda belum pernah menjadi seorang pengarang Ulasan Cochrane sebelum ini, sila lihat beberapa cara anda boleh menyumbang kepada kerja-kerja Ulasan Cochrane dan bina kemahiran anda:

Jika anda adalah penulis Cochrane yang telah diterbitkan dan mempunyai satu topik baharu yang anda berminat untuk cadangkan, sila pergi ke penyerahan Topik.

Bagaimana saya boleh mendapatkan akses kepada bukti Cochrane?

Terdapat beberapa opsyen untuk mendapat akses kepada bukti Cochrane:

  • Anda boleh mencari abstrak dan ringkasan Bahasa Biasa semua Ulasan Cochrane dan protokol yang telah diterbitkan di 'Kami bukti'. Ringkasan bukti Cochrane boleh didapati dalam beberapa bahasa; untuk mengakses bahasa selain Bahasa Inggeris, pilih dari tag bahasa yang tersenarai di bahagian atas di laman 'Bukti kami'.
  • Jika anda bergabung dengan hospital, hospital anda, sistem penjagaan kesihatan, atau institusi penyelidikan gabungan mungkin mempunyai akses kepada Perpustakaan Cochrane melalui langganan diuruskan oleh perpustakaan penyelidikan atau serupa dengannya. Jika anda mempunyai gabungan seperti ini, anda mungkin ingin berunding dengan sistem perpustakaan.
  • Bergantung kepada lokasi anda, anda mungkin mempunyai akses melalui lesen wilayah atau lesen nasional. Untuk mengetahui jika anda layak untuk akses percuma ke Perpustakaan Cochrane, sila lawat laman 'Opsyen Mengakses'.

Jika tiada opsyen pilihan anda, anda mungkin berminat untuk meneliti langganan. Untuk mengetahui tentang opsyen langganan, sila lawat 'Bagaimana untuk menempah Perpustakaan Cochrane'.

Bagaimana saya boleh mendapatkan akses kepada Perpustakaan Cochrane? Berapa kos untuk melanggan?

Terdapat beberapa opsyen yang tersedia untuk mendapat akses ke Perpustakaan Cochrane:

  • Jika anda bergabung dengan institusi penyelidikan, hospital, atau sistem penjagaan kesihatan, organisasi and mungkin mempunyai akses kepada Perpustakaan Cochrane melalui langganan yang diuruskan oleh perpustakaan penyelidikan atau yang serupa dengannya. Jika anda mempunyai gabungan seperti ini, anda mungkin ingin berunding dengan sistem perpustakaan.
  • Bergantung kepada lokasi anda, anda mungkin mempunyai akses melalui lesen wilayah atau lesen nasional. Untuk mengetahui jika anda layak untuk akses percuma ke Perpustakaan Cochrane, sila lawat laman 'Opsyen Mengakses'.

Jika tiada opsyen pilihan anda, anda mungkin berminat untuk meneliti langganan. Untuk mengetahui tentang opsyen langganan, sila lawat laman 'Bagaimana untuk menempah tPerpustakaan Cochrane'.

Saya mempunyai keadaan perubatan dan memerlukan nasihat atau maklumat. Bolehkah anda bantu saya?

Kami kesal tidak dapat menyediakan nasihat perubatan atau maklumat. Anda boleh mencari abstrak dan Ringkasan Bahasa Biasa semua Ulasan Cochrane dan protokol yang telah diterbitkan di 'Bukti kami'.

Saya tidak dapat mencari sebarang maklumat tentang topik X. Mengapa ia tidak diulas di Perpustakaan Cochrane?

Perpustakaan Cochrane adalah pangkalan data hidup ulasan sistematik bukti-bukti kesihatan yang bertujuan untuk menjadi komprehensif merentasi topik-topik. Pemilihan topik-topik yang melengkapi Ulasan Cochrane tersedia pada bila-bila masa ditentukan oleh satu kombinasi minat dan tenaga sukarelawan, sumber-sumber penerbitan, dan keutamaan yang ditetapkan secara rundingan dengan pelbagai pihak yang berkepentingan.

Pihak-pihak berkepentingan yang telah mengenal pasti soalan penyelidikan yang belum terjawab dialu-alukan untuk menghantar cadangan topik yang diminati. Semua topik cadangan adalah tertakluk kepada semakan, pindaan, dan penerimaan atau penolakan atas budi bicara kepimpinan editorial Cochrane berikutan penilaian kesesuaian, kepenggunaan, dan sumber-sumber yang diperlukan.

Terjemahan

Bahasa apakah yang anda terjemah?

Terima kasih kepada kerja keras pasukan sukarelawan kami, kami sedang menterjemah ke dalam Bahasa China (mudah dan tradisional), Croatia, Perancis, Jerman, Jepun, Korea, Melayu, Poland, Portugis, Rusia, Sepanyol, Tamil dan Thai. Tidak semua bahasa ini giat berusaha mencari sukarelawan untuk ikut serta. Jika ini kesnya, atau bahasa anda tidak dimasukkan, terus membaca untuk mengetahui apa lagi yang boleh anda lakukan.

Mengapa anda terjemahkan kepada beberapa bahasa, tetapi tidak kepada yang lain?

Terjemahan adalah suatu keperluan besar dalam kalangan kebanyakan negara yang bukan bertutur Bahasa Inggeris, tetapi ianya juga adalah satu tugas besar! Ia memerlukan banyak sumber untuk memulakan dan menyelaras projek, walaupun terdapat banyak sukarelawan. Jika kami tidak menterjemah ke dalam bahasa anda, biasanya kerana tiada sumber, dan tiada siapa tampil ke hadapan untuk memulakan sesuatu projek. Mungkin anda boleh?

Apa yang anda terjemahkan?

Kami terutamanya menterjemah abstrak dan ringkasan bahasa biasa Ulasan Cochrane daripada Bahasa Inggeris ke dalam bahasa anda. Anda boleh mempelajari lebih lanjut tentang Ulasan Cochrane di sini.

Bolehkah saya memilih apa yang saya ingin terjemahkan?

Ya, anda biasanya boleh memilih Ulasan Cochrane yang hendak diterjemahkan. Kami mengesyorkan terjemahan yang memfokuskan ulasan yang baharu diterbitkan. Beberapa pasukan terjemahan mengutamakan bidang-bidang kesihatan yang relevan kepada komunitin mereka. Tetapi secara umumnya, penterjemah boleh memilih tajuk-tajuk yang mereka minati.

Bagaimanakah proses penterjemahan berfungsi?

Kami menggunakan platform terjemahan dalam talian yang didapati secara percuma untuk semua sukarelawan. Pasukan penyelaras dan sukarelawan berpengalaman berperanan sebagai editor dan akan menyemak hasil kerja anda sebelum diterbitkan. Anda juga boleh menghubungi mereka jika anda ada soalan atau jika anda perlukan nasihat.

Bagaimana saya boleh menyertai Cochrane sebagai penterjemah?

Jika anda ingin menyertai Cochrane sebagai penterjemah sukarelawan, sila lihat di sini untuk maklumat lanjut.

Bagaimana jika bahasa saya tidak tersenarai?

Sila sertai senarai mel kami untuk kekal mutakhir dengan berita terjemahan dan peluang untuk melibatkan diri dalam bahasa-bahasa lain. Anda juga boleh melihat PertukaranTugas, di mana penyumbang-penyumbang Cochrane menghantar peluang terjemahan ad hoc dalam pelbagai bahasa, serta tugas-tugas lain yang berkaitan dengan Ulasan Cochrane.

Bolehkah saya sertai walaupun saya tiada sebarang pengalaman?

Ya. Walaupun pengalaman dalam bidang kesihatan, penterjemahan, menulis atau mengedit merupakan kelebihannya, ia bukanlah satu keperluan yang wajib. Kami akan meminta anda untuk membuat terjemahan ujian apabila anda mula-mula mendaftar, tetapi secara umumnya, sesiapa pun yang sanggup meminjamkan masa dan kemahiran kepada projek-projek kami adalah dialu-alukan.

Apa yang ada untuk saya?

Kami bernasib baik, para sukarelawan kami melihatnya sebagai ganjaran peribadi untuk menyumbang kepada Cochrane, kerana mereka percaya apa yang kami lakukan, dan ingin menjadi sebahagian daripada organisasi kami. Menyumbang sebagai penterjemah boleh menjadi pengalaman belajar dan melengkapkan anda dengan kemaihiran baharu. Walaupun kami tidak boleh menawarkan bayaran kepada sukarelawan kami, nama anda akan muncul di sebelah terjemahan yang diterbitkan untuk memperakui sumbangan anda. Kami menawarkan sijil dan rujukan, sebaik sahaja anda telah menterjemahkan jumlah tertentu, sebagai pengiktirafan terhadap kerja anda. Juga, sebagai sebahagian daripada skim keahlian kami, penterjemah yang menyumbang secara tetap boleh menjadi ahli aktif Cochrane dengan hak untuk mengundi dalam pemilihan Lembaga Tadbir Urus kami. Akhirnya, penterjemah boleh mendapat akses percuma kepada modul Pembelajaran Interaktif Cochrane, memberi mereka peluang untuk membina pengetahuan tentang ulasan dan metodologi Cochrane.

Adakah anda masih mempunyai soalan?

Ya Tidak